Khamis, September 23, 2010

alahai anak mama...

"bangun,bangun, dah lewat ni"...itulah ayat pertama yang kuar dari bibirku pagi tadi. Jam kat dinding dah menunjukkan pukul 7.20 pagi sedangkan waktu masuk kelas pukul 7.30 pagi. Terkebil-kebil mata anak-anakku. Yang sorang menggosok mata, sorang lagi termenung dengan muka tak puashati. Si kakak tahun 3 dan adik tahun 1. Kalau tak kerana hari ni ada peperiksaan mungkin aku biarkan je mereka ponteng sekolah arini. Kesian aku tengok anak-anakku ke sekolah tak sempat mandi cuma gosok gigi, basuh muka. Dah beberapa kali terjadi macam ni tapi kali benar-benar lewat. Jam loceng memang tak pernah ada kat umah ni, cuma harapkan alarm handphone je. Aku pun tak pasti samada alarm handphone tu rosak atau aku yang tidur mati.Maklumlah, tidur aku ni memang banyak gangguan sebab aku menyusukan si kecilku yang kini berumur 1 tahun 4 bulan. Hingga sekarang masih menyusu badan, botol jangan harap dia pandang. Makan nasi pun agak kurang.Kesukaannya ialah makanan seperti keropok dan kerepek...mana leh kenyang. Jadi sepanjang hari dan sepanjang malam berkali-kalilah dia minta susu. Bukan lak nak merungut, dah memang tugas aku sebagai ibu cuma memberi sebab mengapa aku selalu terbabas tidur. Ahh..banyaklah alasan aku...orang lain pun ada anak gak tak pulak asyik tidur mati macam aku! sekarang dah hampir jam sebelas dan aku belum lagi ke dapur memulakan tugas aku sebagai chef kat umah ni. mengadap laptop ni sampai bila pun tak sudah. Kang terpaksa lak bagi alasan nape tak sempat masak. Si kecilku itu gak jadi mangsa...hehehe. Sampai sini dulu, jumpa lagi bila ada waktu terluang...

1 ulasan:

Ena berkata...

heheh..

mcm tu la dah jadi ibu nie kan..
sy punsama juga tak cukup tido setiap hari sbb anak kuat bangun malam nak susu.. time tido pun tak menentu.. kalo dapat tido awal lebih baik tapi tu la.. ada je benda nak siapkan.. bangun pulak seawal2nya..
kdg kita bukan nak merungut pun, sekadar nak lepaskan rasa aje.. kdg ada org tak faham kenapa kita sering mengantuk dan dorang blh cakap "kami pun ada anak juga".. masalahnya ssetiap org ada masalah yg tersendiri.. mcm sama tapi tak serupa.. so, rg2 yg suka cakap mcm tu adalah org yg tak mahu memahami keadaan org lain.. sbb dier beruntung ada anak yg tak banyak ragam..