Sabtu, Oktober 23, 2010

ishhh..dah panjang..potong arr..






AKU: petang kang mama potong rambut korang.




ANAKKU: alah mama...tak nak lah.




AKU: ishhh...dah panjang..potong arr..




ANAKKU: emmm...yelahhh...




Jadi berbekalkan sijil hairstylist yang pernah aku miliki lama dulu serta gunting dan sikat aku nekad akan memotong rambut anak-anak daraku petang ni...sesuatu yang telah lama tidak aku lakukan...heeee (cam suspen jer)
Harap-harap jadi ar kalo tak alamatnya melalak lah anak aku tu.


Makan cicak ubat aids? uwekk!!

Aku baca kat harian metro arini orang kat Rantau Panjang dok sibuk cari duit jual cicak. Eeeii..aku memang alergic dengan cicak nih! Dipercayai cicak jenis gecko ni boleh dibuat ubat tradisional untuk mengubati penyakit aids. Betul ke?
Dasyat tuu... ada orang sanggup beli cicak gecko ni dengan harga 35k sekor. Fuhh! apa kata pasni kita pakat ternak cicak lak...eeeiii..geli-geleman lak rasa tengkuk aku.
Tak pasti lak aku d'orang wat camne dengan cicak ni. Makan ke, apa ke...yang pasti hanya hempedu cicak ni yang diperlukan untuk dibuat ubat.
Samada mujarab ke tak ubat cicak ni entahlah tapi aku gerenti si penjual cicak yang kayo!! ...uwekkk!....uwwekkk!! camne nak jadi tokeh cicak kalo asyik muntah jer nih!! uwwekk!!...

Jumaat, Oktober 22, 2010

oh! sedapnya...


Dah hampir tengah malam dah ni tak ngantuk lagi. Kepala otak duk melayang-layang entah ke mana-mana. Tadi aku terterjah satu blog budak Penang dan terus follow...dari situlah otak aku ni asyik duk teringat Penang jer.

Rindu betul aku kat Penang dimana aku dibesarkan. Dari kecil sampai aku habis SPM pastu aku terus merantau ke KL. Last aku gi jalan Penang masa tahun 2005...lama dah tuu...

Tajuk n3 aku tu korang jangan ingat apa lak. Cik abang outstation ni, jangan wat hal!..heeee..

Aku rindu ar nak makan nasi kandar...kat ganu nih mana ada. Kalau kat KL dulu adalah jugak walaupun kureng ummmph.

Alamatnya meleleh jer lah air liur basi aku tido malam ni...heeee..
p/s ~ gambar ni saya pinjam dari vkeong.com~ tq
(ikut pesanan en.Ben, kalo guna gambo orang kena kabo sape tuanpunyer....heee)

TM tipu aku ke?

Masuk bulan dah 3x aku bayar bil telefon rumah ni walaupun yang sebenarnya telefon tu tak diperlukan di rumah ni. Buat apa telefon rumah kalau aku, suami dan anak aku yang baru tahun 1 tu pun masing-masing dah ada handphone...

Memang tak penah ada niat pun aku nak pasang telefon rumah. Sume ni pasal strymix la...rasa macam tertipu lak aku!

Asalnya aku gi daftar strymix kat TM masa baru pindah sini aritu. Berbunga giler hati aku bila orang TM datang pasang telefon dengan kadar segera.

Wah!! efisyen betul TM kat sini , kagum aku. Sepantas kilat d'orang buat keje...

Lepas tu hari demi hari, minggu demi minggu, putih mata hitam aku tunggu orang datang pasang strymix...hampeh!!

Last-last selepas 2 bulan, aku dapat surat cinta dari TM yang mengatakan kawasan rumah aku belum ada liputan strymix dan aku akan diberitahu kelak jika sudah ada liputan. Penutup surat cinta tu yang aku tak tahan tuu...
'kami berharap akan berpeluang melayani anda pada masa akan datang'...


Apa guna akan datang? Aku tetap kena bayar bil telefon tiap-tiap bulan! Strymixnya entah bila-bila...sedangkan dulu telefon ni sekali dengan package strymix. Telefon tu kalo tak pakai pun 25 hengget tetap terbang..
Sekarang sape rugi... sape untung?....
Bil broadband pun aku kena bayar....agghhh ...

Khamis, Oktober 21, 2010

senyum tak payah bayar laa...










Cuba korang tengok gambar-gambar ni...










Apa korang rasa bila tengok gambar-gambar tu?

Mesti korang pun rasa nak ikut senyum...ye tak?

Tapi apa yang korang rasa bila korang senyum kat seseorang pastu dia buat bodoh jer?


Rabu, Oktober 20, 2010

DJ radio pondan a.k.a mak nyah


Apa definasi pondan a.k.a mak nyah? Pada aku secara ringkasnya ialah lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dari segi pembawaan termasuklah segi pakaian. Mungkin juga melibatkan perasaan dimana pondan ini mempunyai minat yang sama seperti kaum hawa. Itu apa yang aku tau...
Isunya di sini perlukah watak pondan di wujudkan di stesen-stesen radio? Sebentar tadi aku rasa agak terhibur mendengar keletah dan gurau senda DJ pondan ini di stesen radio kegemaran aku. Memang tak dapat dinafikan kehadirannya menambah ceria pendengar-pendengar stesen radio tersebut termasuk aku...betul! aku tak hipokrit, memang aku terhibur..
Tapi kemudian aku tertanya perlukah watak sebegitu diadakan? Aku yakin sebenarnya DJ tu bukan pondan, cuma dia didalam watak semasa di konti saja. Tapi perlukah? Apa kebaikannya? Ada tak keburukannya?
Entahlah...yang pasti aku dan pendengar yang lain memang ternanti-nanti suara beliau pada setiap malam rabu...heee...tak kuasa tau!...nista!

Selasa, Oktober 19, 2010

Rumah ayam?

Woi! Kalau nak bela ayam gi duduk rumah kampung la. Usah kata ayam, nak bela kambing, lembu, unta pun takpe takde sape nak marah. Ada ke patut duduk rumah taman pastu buat reban ayam kat belakang dapur? D'orang ingat taik ayam dia wangi ke?

Isnin, Oktober 18, 2010

gila ke dia?


Semasa makan di dataran Ipoh aritu meja aku dan anak-anak disapa oleh seseorang yang pada awalnya ku kira tidak siuman. Agak meragukan dia memakai jubah dan berjanggut panjang seperti tidak terurus. Sambil menarik troli kecil yang terpampang gambarnya bersama Dr muzaffar. Tertulis juga disitu akan title dirinya iaitu profesor fizik kerajaan Malaysia...

Aku tengok sume orang kat situ senyum-senyum kambing bila dia lalu. Mungkin mereka yang kerap ke situ dah biasa melihat kelibat si profesor itu.

Sebaik je dia parking troli dia di depan meja aku, dia pun memulakan kelas fiziknya. Dengan formulanya tersendiri dia menunjukkan cara-cara menyelesaikan beberapa soalan matematik...WOW!! aku kagum, sangat kagum. Dia jual pulak formula tuu...ada gak student yang beli aku nampak.

Moralnya, janganlah menilai orang dari luarannya, apa yang dipakai bukanlah sama dengan apa yang tersimpan dalam dirinya. Aku rasa bersalah lak tentang anggapan awal aku tadi...MAAFKAN AKU WAHAI PROFESOR FIZIK!!!

Aku cepat bosan!!

Semalam adalah hari yang sangat meletihkan. Jauh perjalanan dari kampung aku di Perak balik ke rumah aku di Terengganu ni. Bagusnyer kalo boleh aku buat satu terowong bawah tanah dari rumah aku ke kampung aku. Akan aku buat selurus yang mungkin supaya jadi dekat. Hehe....
Seronok sangat balik kampung sampai malas nak buat n3...pagi ni bila aku bukak blog aku rasa cam bosan lak tengok blog aku...so inilah hasilnya setelah hampir sejam aku menggodek-godek laptop ni. Mungkin tak secantik dan secanggih blog orang lain tapi aku rasa boleh arr...
Lantaklah kalo korang nak kutuk pun. Ada aku kesah...
Yang akan aku ambik kesah dan take note ialah bila ada blogger yang sudi memberi cadangan membina dan memberi komen yang bernas untuk aku yang baru nak belajar bertaktih dalam dunia blogger ni. Jutaan terima kasih buat mereka-mereka itu...