Sabtu, Oktober 02, 2010

BOSANNYER...KENA PAKAI CERMIN MATA.

Assalammualaikum rakan blogger sume. Terima kasih kerana masih sudi bertandang di blog ku yang seadanya ini. Tiada yang istimewa disini, sekadar coretan rasa hati tanpa suara yang mampu ku lorekkan buat tatapan teman-teman...

Wah!... madah berhelah pulak aku malam-malam ni. Saja test power..hihik.. Jarang sekali aku bersiaran pada waktu malam, tapi entah nape malam ni aku rasa bosan sangat. Cite kat tv pun tah apa-apa jer.

Sejak akhir-akhir ni aku rasa mata aku agak kabur jer, huruf-huruf yang ku baca kelihatan berdouble atau bertindih. Tadi aku pun pergilah check dan ternyata aku dah rabun. Rabun dekat lak tuu...rabun jauh pun ada sikit dan selebihnya silau. Jadi, dengan berat hatinya terpaksalah aku buat cermin mata. Aku rasa sebab utama kerabunan aku ni ialah suka sangat mengadap laptop sampai berjam-jam lamanya. Kadang-kadang sambil berbaring jadi mungkin terlalu dekat dengan mata. Tulah... sekarang dah kena pakai cermin mata

Kata optometrist tadi faktor-faktor yang memungkinkan terjadinya rabun ialah darah tinggi, kencing manis, kurang tidur tapi aku rasa sebab yang paling tepat pada aku ialah faktor usia...hehehe..dah tua rupanyer aku. Mungkin ini satu peringatan buat aku bahawa aku dah semakin tua. Terima kasih tuhan kerana mengingatkan aku, hambamu yang sering alpa dan lalai...

HEPI BEDAY TO U...







Happy birthday to you...happy birthday to Amirah... happy birthday to you... kakak dah pun potong kek semalam dan itu bermakna mama dah pun tunaikan janji mama pada kakak. Sorry kakak, semalam agak kelam-kabut sikit maklumlah mama sorang jer nak uruskan sume tak terkejar mama sampai mama lupa nak suapkan kakak kek beday tu...sebab masa tu ramai lak tetamu sampai. Lain tahun yer kakak... jangan kecil hati tau.



Khamis, September 30, 2010

FAHMI KENA ALAHAN


ASSALAMUALAIKUM...

arini agak lambat aku bersiaran sebab melayan ragam puteraku WAN MUHAMMAD FAHMI DANIEL. dari semalam dia merengek kerana diserang alahan. Matanya merah dan bengkak kegatalan dan kulit nya kemerahan. Bukan pertama kali perkara seperti ni terjadi, dah kerap sangat dibawa ke klinik atas sebab yang sama. Makan ubat, hilang...nanti bila-bila jadi lagi. Ubat pun sentiasa ada dalam simpanan di rumah. Semalam dia cuma makan nasi dan sup ayam yang aku masak sendiri, jadi aku tahulah tak ada bahan perisa tambahan atau bahan-bahan lain yang mengandungi seafood di dalamnya. Takkan sekarang ayam pun dia tak boleh makan. Apalah dia nak makan lepas ni kalo sume tak boleh makan. Siannya anak aku tu....

Pagi ni dah ok sikit. Matanya pun dah kurang bengkak tapi tadi aku bagi jugak dia makan ubat. Harap cepat sembuh, mama sedih tengok anak mama tak sihat... Semoga anak-anak mama sume sihat selalu dan cepat beso.

Rabu, September 29, 2010

SELAMAT HARI JADI KAKAK!!!

Hari ini 29hb 9, genaplah usia kakak 9 tahun...banyaknyer nombor 9. 'Kakak'...panggilan yang dah sebati dengan diri puteri sulungku NURUL AMIRAH IZATI. Semua ahli keluarga memanggilnya dengan panggilan itu termasuk opah, atuk, maksu dan yang paling menyayangi kakak iaitu onyang..

Maaf kakak, mama belum beli hadiah harijadi kakak lagi. nanti mama beli yer. Hari Jumaat nanti mama belikan kek harijadi, pastu kakak boleh panggil kawan-kawan datang makan. Nanti mama suruh kawan-kawan kakak nyanyi lagu birthday untuk kakak...mesti meriah kan?

SELAMAT HARI JADI KAKAK....MAMA SAYANG KAKAK TAU!!!

Selasa, September 28, 2010

SUSULAN KES SENTAP ~ KES DITUTUP.

Seperti yang aku janjikan pada rakan-rakan blogger, aku dah pun gi jumpa akak tu tadi. Kedatangan aku disambut dengan baik. Aku pun dengan rendah hatinya telah menjemput kakak tu sekeluarga ke majlis aku nanti. Kesimpulannya, aku anggap mungkin kakak tu ada masalah peribadi yang menyebabkannya moody dan bermasam muka dan perkara tu takde kena mengena dengan aku.
~~~~~~KES DITUTUP~~~~~~

JIRANKU TERSENTAP!!

Selamat pagi sume pembaca budiman, tak kira anda rakan blogger atau tidak. Pernah tak kalian menghadapi sikap kawan-kawan atau jiran yang tak pasal-pasal tersentap? Maksud aku, entah kenapa takde angin takde ribut tiba-tiba bermasam muka dengan anda menjadikan anda tertanya-tanya sebabnya. Kes ni terjadi pada aku sekarang ni....Kawasan perumahan yang aku diami ini agak baru, jadi penduduknya taklah ramai sebab masih banyak rumah yang kosong. Aku pun baru tak sampai 2 bulan pindah ke sini. Ada seorang kakak ni, rumah dia boleh dikatakan berhadapan dengan rumah aku agak ramah orangnya. Masa aku baru pindah dulu dialah orang pertama yang menegur aku dan sejak hari tu dia sering bertandang ke rumahku. bekerja sebagai guru tadika KEMAS ku kira pasti bagus pekertinya...maklumlah dia kan seorang pendidik. Aku hormatinya sebagai seorang guru, jiran dan juga seorang yang lebih berumur dari aku, mungkin dalam lingkungan 50an. Dah menjadi tabiat aku tak suka bertandang ke rumah orang apatah lagi menjadi ahli mesyuarat tingkap, jadi belum sekali pun aku ke rumahnya atau mana-mana jiran lain. Aku lebih rela duduk di rumah melayan kerenah putera kesayanganku atau berblog bersama kalian daripada bertandang dan bersembang tentang topik yang entah apa-apa. Bukan aku sombong, tapi inilah tabiat aku dari dulu. Mula-mula tu aku tak perasan pun yang dia bermasam muka, maklumlah dia bekerja dan ku kira dia agak sibuk kebelakangan ini. Tapi semalam aku jadi heran lak nape dia langsung tak menoleh ke arah aku sedangkan kami sama-sama sedang menjemur pakaian. Aku pandamg ke arahnya agak lamalah jugak mengharapkan dia menoleh kepadaku, nak bertanya khabar...tapi dengan muka masam dia terus berpaling dan masuk ke dalam rumah. Pagi tadi pun sama jugak! Apalah yang menyebabkan dia begitu ye? bingung aku... Mungkin dia fikir aku sombong sebab aritu aku tak hadir ke majlis berbuka puasa yang dia buat di masjid. Macamanalah aku nak pergi dengan anak kecilku ini...tak senang nak berbuka bila dia berjalan kesana kemari kat masjid tu nanti. Takkanlah dia tak boleh faham masalah aku ni sedanagkan dia pun dulu pernah mempunyai anak kecil. Atau mungkin dia dah lupa sebab anak-anak dia sumenya dah besar panjang dan dah bermenantu pun. Atau mungkinkah sebab aku tak jemput dia datang beraya di rumah? Bukan aku tak nak jemput, aku akan adakan rumah terbuka hari Jumaat ni jadi aku akan jemputlah nanti sume jiran dan kenalan...kan lebih meriah bila sume sekali dapat berkumpul. emmm....takpelah, petang ni aku tunggu dia balik keje, aku jemput dia. Datang atau tidak terserahlah...yang penting aku ikhlas menjemput dia. Semoga yang keroh dapat dijernihkan semula walaupun sebenarnya aku tak tau apa yang berlaku...

Isnin, September 27, 2010

PAGI ISNIN YANG DAMAI

Assalammualaikum..salam ceria di pagi isnin. Pagi tadi selepas puteri-puteriku ke sekolah, aku dan suami serta puteraku pergi bersarapan di tempat biasa. Aku menikmati nasi minyak dan suamiku memilih nasi kerabu. Begitu santai sekali suasana pemandangan sekelilingku aku rasa. Damai rasa jiwa ini...kedamaian seperti inilah yang selalu ku dambakan untuk melalui hari-hariku yang kadangkala memenatkan. Aritu aku tak sempat merakamkan gambar pemandangan disitu dan hanya menceritakannya, tak adil lak rasanya. Jadi, arini aku perlihatkan keadaan sebenar di persekitaran tempat itu. Bagaimana? cantik tak?...........Selepas bersarapan, suamiku pun berangkatlah ke pejabat dan tinggallah aku bersama putera kesayanganku. Seperti selalu ruangan masa inilah ku gunakankan untuk berblog sebelum melakukan tugas harianku sebagai surirumah. Tengahari nanti pukul 12.40 tugasan menjemput puteri-puteriku pulang dari sekolah dan kemudiannya menghantar si sulungku ke kelas KAFA pula. Begitulah rutin harianku, sangat sibuk ku rasa walaupun tak bekerja... oklah tinggal dulu untuk sementara waktu, aku akan kembali bersama kalian di mana ada ruang nanti...salam....