Sabtu, Oktober 09, 2010

Eh!! bukak lampu...

Korang kalu tido suka dalam gelap ke dalam terang? Aku tak tau nape aku memang dari dulu agi tak boleh tido dalam gelap. Paling tidak mesti ada lampu tido kecil. Biasanya aku memang biar lampu kat ruang tamu terpasang sebab cahayanya boleh sampai kat bilik aku.Mesti korang ingat aku takut kan? Taklah....hehe.....

Jumaat, Oktober 08, 2010

MACAM BAGUS JER!!

Soalannya apa yang bagus sangat artis Korea nih ??? hingga diminati oleh ramai remaja kita termasuklah adik aku sendiri. Hari-hari kt fb dok bersembang pasal super junior. wonder girl dan entah apa-apa lagi namanya yang aku malas nak amik tau. Anak-anak aku pun dah pandai dah! Album kt fb penuh dengan gambar artis Korea nih.

Yang aku heran camnelah d'org nih senang jer nak tembus pasaran sini sedangkan artis melayu menangis nak jual album kat negara sendiri.

Sebenarnya d'org ni bukannyer bagus pun selain dari muka lawa dan pandai menari, suara ala kadar jer. Dalam satu lagu adalah 2,3 ayat dalam bahasa inggeris. Itu pun sebutannyer tah apa-apa, nampak sangat d'org tak boleh berbahasa inggeris tapi heran camne boleh pergi jauh. Artis kita kalo boleh lepas ke indon pun dah kira hebat. Salah sape???

SYOK BETUL!!.


Sehari dua nih aku tak wat n3 pun. Bukannyer sibuk ke apa tapi asyik dok bertandang kat blog orang pastu komen..hehe..syok plak sampai malas wat n3 kat blog sendiri. Banyak pengetahuan yang aku dapat dari apa yang aku baca. Emosi pun bercampur-campur bila membaca blog yang berbagai..ada yang buat aku sedih, ada yang buat aku tersenyum, ada gak yang buat aku insaf sekejap!

Tapi yang pasti aku jadi syok dan malas nak wat n3 kat blog sendiri....hehe..syabas aku ucapkan kat sume blogger yang rajin update blog hari-hari.

Rabu, Oktober 06, 2010

PEKERJA BANK SOMBONG!!


Assalamualaikum sume, semalam aku ke sebuah bank nak buat simpanan duit raya anak-anak aku. Sampai kat bank aku pun amik nombor pastu isilah borang simpanan wang. Anak aku ada tiga orang, jadi borang pun tigalah...mestilah amik masa sikit. Dalam masa aku dok kalut isi borang tu, nombor aku dipanggil. Aku habiskan isi borang tu sebab tinggal satu jer lagi pastu aku pun cepat-cepat ke kaunter tapi dalam masa yang sama nombor seterusnya pula dipanggil. Dengan muka masam dan selamba pekerja bank tu suruh aku amik nombor lain...takde budi bicara langsung bukan dia tak nampak aku ni ada bawa anak kecil. Apa salahnya dia layan aku selepas selesai urusan orang yang bernombor selepas aku tu tadi..Memang aku bengang tapi nak buat macam mana, terpaksalah aku ambil nombor sekali lagi dan tunggu setengah jam lagi!

SAJIAN GAMBAR BOGEL!!!

KUANTAN: Mengaibkan apabila tiga gambar bogel seorang gadis yang bertajuk 'aaaa budak kuantan' disajikan kepada pelayar laman web sosial facebook. Perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut didedahkan oleh seorang pembaca harian metro yang mendakwa namanya ditandakan pada gambar bogel tersebut dan ditawarkan untuk melanggan gadis tersebut.....berita selanjutnya sila baca harian metro yer...

Ahad, Oktober 03, 2010

SUAMI ANDA MUNGKIN CURANG KALAU...

Sesetengah suami bila didepan isteri pijak semut pun tak mati, tapi bila dibelakang isteri...si isteri pun tersangatlah percayakan kata-kata suami tanpa sedikit pun was-was. Ada juga isteri yang cair bila si suami yang pulang dari outstation belikan hadiah apalagi kalo hadiah itu agak mahal harganya. Pada isteri lebih mahal harga hadiah itu lebih sayang si suami padanya. Tapi kadangkala hakikatnya lebih mahal hadiah itu lebih besar pembohongan suami itu. Bukan sume lelaki macam tu tapi memang ada lelaki begitu...
aku pernah terbaca satu artikel mengenai isu ini, katanya suami anda mungkin curang kalau...
1) selalu tutup handphone bila di rumah
2)tiba-tiba jadi lebih baik dari selalu
3)buat surprise harijadi anda sedangkan sebelum ni tak pernah ingat pun
4) dah pandai pakai perfume sedangkan dah bertahun-tahun kahwin tak pernah beli pun.
5) dah tahu tentang jenama baju, dulu asal baju pakai jer
6) cadangkan supaya anda dan anak-anak balik kampung masa cuti sekolah nanti
7) sekarang gunting rambut di salon, dulu pegi kedai gunting india jer

Ahh!!... panjang sangat senarainya...selebihnya anda pikir ler sendiri ye. Suami anda pastinya anda lebih kenal kan? Moralnya janganlah percayakan suami 100% supaya kalo terkena nanti taklah sakit sangat. Tapi kalo tak percaya pun tak baik jugak untuk kerukunan rumahtangga. Jadi cubalah imbangkan antara percaya dan tidak mengikut keadaan..sang suami pun janganlah cuba mengambil kesempatan diatas kepercayaan si isteri ye. Insyaallah jika kita jujur, setiap langkah kita diberkati....amin...