Sabtu, Oktober 16, 2010

MASJID TERCEMAR!!!

Kat Terengganu ni ada 2 buah masjid yang sangat terkenal dan sangat dibanggakan oleh rakyat Terengganu. Rombongan Cik Kiah kalo datang sini mesti nak gak singgah solat kat masjid-masjid ni.
Masjid yang aku maksudkan ialah masjid kristal dan masjid terapung...tapi yang nak aku story kat korang ni pasal masjid terapung. Bukan tercemar sebab air kotor ke apa tapi pasal ' beruksia' yang bikin onar!!!
Aku malas nak panggil d'org ni manusia sebab perangai macam beruk, tak tahu malu. Kerajaan bikin taman di persekitaran masjid tu supaya kita manusia ni boleh duduk berehat sambil menikmati pemandangan masjid yang indah tuu..pastu kita congak lah plak apa yang dah kita buat sepanjang hidup kita. Cukup ke dah amalan hidup kita...
Ni tak! tempat tu 'beruksia' ni buat tempat untuk bermaksiat!!!
Woi! malulah sikit, itu kan ke rumah tuhan? allah melihat apa yang anda lakukan...dengan manusia memang 'beruksia' ni tak malu dah. Apa nak heran namanya pun 'beruk'.
Aku dah menyirap nih..kalau P Ramlee ada mesti dia kata "mengapakah kau diciptakan menjadi manusia? adalah lebih baik jika kau menjadi haiwan"

MASJID TERCEMAR!!!

NAK SLIM TAK???



Sape nak slim angkat tangan!!! Heee.... kalo angkat pun bukannya aku nampak. Tapi aku kompem korang mesti nak slim kan?




Masalah orang pompuan ni bila dah bersalin susah nak turunkan berat badan. Tulah, masa mengandung makan tak ingat dunia...sape susah..




Harap-harap kali ni aku berjaya slim balik macam dulu...jom join giveaway nih beramai-ramai.....
Tarikh tutup 22.10.2010
(sejarah tercipta sebab first time join giveaway)


Jumaat, Oktober 15, 2010

BUSUK!!!


Macam kat kayangan...


Berkabus...


Tapi...


Busuk!!!


Uwekk!! busuk betul bau asap rokok korang. Korang sendiri tak bau ke???

Aku datang sini nak makan char kuey teow bukan nak makan asap!! Hampeh!! Punya banyak meja kat sini kenapa meja tu korang pilih? sebelah meja aku...

GEDEBUKK!!! agghhh....


Buruk betul bunyi aku jatuh...GEDEBUK!!! tapi tak sakit, sedap, lemak, merdu, beralun-alun...


MAHER ZAIN...aku jatuh cinta!


INSYAALLAH...


Aku jatuh cinta pada lagu mu...


Yang memuji....


Kebesaran ALLAH.

fuyyoo!! kalah nasi ayam L.O

Semalam sebelum bertolak balik Perak dari umah aku di marang Ganu, aku sekeluarga singgah di Wakaf Tapai nak makan tengahari. Pusing punya pusing jumpa satu kedai nasi ayam. Signboard dia tertulis 'Anis Nasi Ayam'. Yang mahalnya tagline dia...'bukan sekadar nasi ayam'...macam pernah ku lihat tagline ni tapi di mana ya...

Bila pesanan sampai aku dah agak mesti sedap punya. Bila dah makan...fuyyoooo!!memang sedap giler!

(gambar ni sekadar hiasan, terlupa nak ambil gambar semalam )

Sebagai penggemar nasi ayam, dah rata tempat aku makan nasi ayam aku rasa nasi ayam kedai nilah paling sedap dan harganya pun cuma rm4.00 sajer sepinggan berbanding dengan kedai nasi ayam yang glamor-glamor yang sesetengah tu mengenakan servis tax walaupun servisnya hampeh!

Kiranya aku bagi kreditlah kat kedai nih....

AHH..DEMAM

Petang semalam...tiba-tiba jer aku rasa sejuk, sejuk yang teramat sangat. Pakai selimut toto pun masih sejuk lagi. Aku demam! Dah lama aku tak sakit, rasanya dah bertahun-tahun.Nah ambik ko semalam aku demam sampai termuntah-muntah. Kepala ni rasa macam nak meletup. Sendi-sendi aku rasa macam nak tercabut.
Bila dah sakit barulah tau nak menghargai waktu sihat. Masa sihat langsung tak jaga kesihatan...huhu.....

Rabu, Oktober 13, 2010

mak aii...manisnyer!!!

aku teringat lak masa dok asrama sekolah menengah dulu. Masa tu bulan pose, hujung minggu mak dan ayah aku seperti bese datang melawat aku. Tapi disebabkan bulan pose maka banyaklah juadah yang dibawa untuk aku share dengan kawan-kawan.
Malam tu pas terawih aku pun sibuklah nak menjamu kawan-kawan. Paling special ialah kueh lopeh hasil tangan mak aku...fuhh! memang terangkatlah. Aku pun bagi kawan aku makan kueh lopeh tu...
sume kawan-kawan aku cakap sedap lopeh yang mak aku buat. Pas makan aku pun nak minumlah air sarsi yang mak aku kasi tadi...mak aiii!!! manisnya!!!
Rupanyer aku dah tertukar air sarsi dengan air gula merah masa makan kueh lopeh tadi. Yang peliknyer nape aku tak perasan? napelak kawan-kawan aku tak komplen? Mak aku pun satu...napelak dua-dua benda tu simpan dalam bekas yang seakan sama...
Masa balik cuti pastu aku cite kat mak aku, dia gelak tak ingat ko....aku pun sampai sekarang tak lupa kenangan tu..hehe

berpeluh buat cbox!

Akhirnya berjaya gak aku buat cbox kat blog aku. Entah nape aku rasa susah sangat nak buat. Banyak sangat gangguan...sekejap anak kecilku nangis, sekejap kakaknya nak makan, pastu si kecil tu nak tido...ahhh..macam-macam!

Mulanya malas nak buat tapi memandangkan rakan blogger dah komplen arini aku buat jugak. Pasni leh ler kita gebang panjang yer...

Selasa, Oktober 12, 2010

Korang suka cite pasal G.R.O.?

Ooooo...korang kalu cite sensasi macam cite pasal GRO korang sukalah yer? Ramai lak yang nak mengomen yer?
Dulu masa aku duduk kat KL, aku suka menyewa umah kondo sebab lebih selamat, ada sekuriti. Maklumlah masa tu aku kerja jadi anak aku tinggal ngan bibik indon kat umah. Kononnya kalo ada sekuriti tu taklah bibik indon bawak lari anak aku atau sekurang-kurangnya kalo dia dera anak aku pun adalah sekuriti dengar...yelah tuu kalo dia tak mengulat..huhu.(dah ke lain lak cite aku nih)
Pompuan-pompuan GRO ni suka dok umah yang agak privacy sikit, mungkin senang d'orang nak kuar masuk pukul berapa takde orang ambil tau. Orang-orang kat situ pun sume wat hal masing-masing jer. Jumpa dalam lif pun senyum-senyum gitu jer.
Yang tak syok nyer bila malam d'orang balik keje mabuk-mabuk pastu muntah kat tempat parking, kat dalam lif...yang kencing dalam lif pun ada! yelah dah mabuk bukan sedar pun. Tu takpe lagi, lebih parah kalo ada yang bertekak sebab kawan dia dah caras customer tetap dia. Emmm... aku dah masak dah dengan perangai d'orang ni. Bila siang tak nampak batang idung, sume tido...zzzzzzzz..

Ahad, Oktober 10, 2010

WOW!!! G.R.O. JADI DATIN..kelas gitu..

Semalam aku dapat sms dari sorang kawan lama kat KL. Smsnyer berbunyi begini " jemputan ke majlis aidilfitri dan jamuan perkahwinan dato F... dan datin S...bertempat di dewan bla bla bla...". Aku kebingungan, bila lak aku berkawan dengan datin-datin nih?
Aku pun tepon lah si kawan lama aku nih..Al kesahnya sorang yang aku kenal dulu dia keje kat kelab dangdut kat KL sekarang dah jadi datin. Baru lepas raya aritu dia nikah dengan sorang datuk.Fuhh!! Kelas gitu kan??? Masuk kali ni dah 5 kali dia nikah!! huhu...

mAiIN kat MaNa???


Selalunya kat taman perumahan mesti ada padang mainan untuk anak-

anak kan? malangnya kat umah aku takde pun...sian bebudak kat sini petang-petang terpaksa bermain atas jalan depan umah masing-masing.Kalo pikir dari sudut keselamatan memanglah tak selamat tapi mujurlah kawasan ni masih tak ramai penduduk jadi taklah sibuk sangat dengan kenderaan yang lalu-lalang. So, aku sebagai seorang mama yang perihatin terhadap anak-anak aku terpaksalah aku bawa anak-anak aku ke taman permainan yang disediakan oleh majlis bandaran walaupun agak jauh sikit...lebih kurang 15 minit naik kete.

BASUH KASUT TUU!...


Masa sekolah dulu sape yang basuh kasut sekolah korang? kalo akak dulu, sampai darjah 6 masih lagi mak atau ayah yang basuhkan. Bila dah sekolah menengah kena basuh sendiri sebab dah tinggal di asrama... kalo tak mungkin masih lagi mak dan ayah yang basuhkan. Hehe...anak manjalah kiranya aku nih sebab masa tu aku masih anak tunggal. Bila dah tingkatan 1 baru ada adik sorang...
Tapi anak-anak aku, takde can ler nak manja macam tu. Aku didik d'org supaya belajar berdikari dari awal lagi. Kena cuci kasut sekolah sendiri tapi aku yang tolong kapurkan, takut nanti mandi kapur lak..hehe
Harap nanti bila d'org besar nanti d'org pandai berdikari dan tahu bawa diri.

ROKOK UNTUK KESIHATAN???

Korang percaya ke kalo orang kata rokok ni baik untuk kesihatan? Aku memang langsung tak percaya walau apa pun kata syarikat pengeluarnya. Mana mungkin rokok yang mengeluarkan asap tidak membahayakan kesihatan. Alam sekitar pun tercemar, inikan pulak paru-paru kita.Itu apa yang aku pikir...korang pikir camne?