Rabu, November 17, 2010

GA kasehainzuryn dah ada pemenang! TAHNIAH!



Selamat Hari Raya AIDIL ADHA!

Dan seperti yang dah dijanjikan,GA kasehainzuryn akan mengumumkan pemenangnya pada hari ini dan anggaplah hadiah tu sebagai hadiah raya yer.. pada yang menang tahniah dan pada yang kurang bernasib baik, cuba lagi di GA yang kedua nanti...jangan serik lak. Sebab susah sangat nak pilih dan untuk mengelakkan keputusan berat sebelah, pemenang dipilih oleh adik aku, Liza. Kebetulan aku berada di kampung untuk raya korban nih. dan pemenangnya ialah~



HADIAH UTAMA


1. Tiefazatie~tiefazatie personal life


2.Sahbanu~sahbanu mulaan


HADIAH SAGUHATI( topup rm5)


1.Nina syakina
2.Haszuraidah Ishak
Para pemenang hadiah utama sila email alamat anda dan para pemenang hadiah saguhati sila email no hp anda untuk ditopup. TAHNIAH!!!


Isnin, November 15, 2010

JUTAAN MAAF...

Dah beberapa hari aku tak menjengah blog ni apalagi nak mengapdet n3 baru. Maaf ye kengkawan, bukan aku malas ke apa cuma keadaan tak mengizinkan.
Anak kecilku tak sihat dan memerlukan perhatian xtra dari aku sekarang ni. dah 2 minggu demamnya sekejap baik, sekejap datang lagi.
Ke klinik usah cakaplah...dah 2,3 klinik dah. Mungkin sebab tumbuh gigi kut. Kesian aku tengok badannya pun dah susut, tak nak makan. Aku tengok gigi gerahamnya tumbuh 4 sekali! gigi kecil tu lagi...mana tak demam.
Tulah...aritu mama dok bising sangat Fahmi lama sangat bawa 6 batang gigi jer...nah sekarang tumbuh sekali banyak! Kesian Fahmi...

Khamis, November 11, 2010

Dah dapat hadiah redgurl craft


Thanks a lot redgurl craft...aku menang

hadiah 1st prize.

Aku dah dapat hadiah yang dijanjikan

walaupun pada awalnya aku cam tak percaya.

Jadi untuk kepastian aku pun

kol tuan empunya GA tersebut.

Sebenarnya yang excited lebih ialah

2 orang anak dara aku.

Mana taknya hadiah tu memang

benda yang d'orang minat.

Makanya bergantungan lah

keychain-keychain itu di beg sekolah

masing-masing dengan gahnya...

DAH BAIK?

Salam sume,
Maaf semalam aku tak bersiaran sebab dah tak daya sangat dah melawan demam yang terlalu panas dicampur pulak dengan batuk dan selsema.
Masa gi klinik doktor kata aku kena tekanan darah rendah pulak. Semalam tu memang aku terbaring jer lah tapi dek kerana rindu sangat nak intai blog aku online lah sekejap dalam 10 minit pastu sakit kepala lak terus stop.
Terima kasih bebanyaklah pada yang sudi menjengah blog aku ni semalam walaupun takde n3 baru. Yang tinggalkan jejak kat cbox insyaallah arini aku jejak semula yer. Mungkin sebelah petang sikitlah yer sebab ada banyak kerja nak aku bereskan nih maklumlah semalam mc...(kat umah pun kena mc ke?)hee....
biasalah bila kucing tidur, tikus jadi raja.
Anak-anak aku semalam dengan bahgianya telah menyepahkan rumah sebab aku dah terbaring tak amik port dah. Bila aku bangun pagi ni aku macam tak caye aku berada di rumah sendiri...betapa bersepahnya rumah aku dah macam tongkang pecah! tekanan darah aku yang rendah ni tiba-tiba terasa naik tersangatlah tinggi sampai ujung rambut...iieee...geram betul.
My hubby? my hubby orangnya tersangatlah cool, dia jarang say no pada anak-anak apalagi nak marah that's why anak-anak lebih suka meminta apa-apa dari dia. Dengan aku kena tapis dulu...
oklah, nak mulakan tugas...zazzzz...jumpe lagi kemudian..

Selasa, November 09, 2010

CUTI bile?

Lambat lagi ke cuti Raya Haji?yuhuu... aku nak balik kg. Bestnyer cuti panjang sambung terus ngan cuti sekolah. Wow! dah banyak plan nak buat. Yang penting aku nok buat projek hok bulih pitih disamping jalan-jalan perabih pitih.
Projek tu len kali aku cerita yer...
Cuti hujung tahun ni aku dah janji ngan anak-anak nak gi Genting Hingland. Aritu d'orang tengok gambar aku main snow ngan ayahnyer, masa tu d'orang tak ikut tinggal ngan opah kat kampung, tu yang d'orang jeles tuu...aii...sesekali mama ngan ayah pun nak gak romantik jalan 2 orang...kan..kan..kan.. menjalin silaturahim..heee
Kita nih bila dah berumahtangga lama, dah duduk serumah lama macam-macam hal terjadi termasuklah perselisihan pendapat, pertengkaran dan lain-lain yang sewaktu dengannyer. Maklumlah kita suami isteri ni keluar dari perut lain-lain dan dibesarkan oleh keluarga masing-masing dengan cara yang berlainan tentunyer ada perkara yang kita tak boleh setuju dengan pasangan kita..tak gitu?
Kalau selalu ok jer langsung tak pernah bertengkar tu dah kira something wrong dah tu...takut makan dalam lak nanti..
So' bila ada kesempatan tu, curi-curilah masa untuk kita berdua jer, second honeymoon kata ko... bukan tak sayang anak-anak tapi kerukunan kita suami isteri pun adalah satu jaminan kebahgiaan anak-anak gak...
Pastu ada masa lagi lagi kita bawa lak anak-anak gi makan angin tempat-tempat yang d'orang nak pegi. Tak payah pegi jauh-jauh bazir duit, dekat dalam negara pun takpe. Yang penting pada mereka ialah layanan kita, kemesraan kita pada mereka. Insyaallah, anak akan menghargai apa yang kita buat untuk mereka. Waktu yang berkualiti bersama anak-anak walaupun sehari sama dengan waktu biasa-biasa dimana kita sentiasa sibuk selama setahun.

Isnin, November 08, 2010

N3 SATU SEN#@%&#!!!




Korang jangan lak pikir aku saja nak bikin panas pagi-pagi isnin nih. Aku cuma nak tegur sikit sikap blogger-blogger kita nih.



Kadang -kadang kita lupa jadi apa salahnya kita saling mengingatkan...ye tak?



Dah jadi tabiat kita bila kita sanjung seseorang tu, sume yang dia buat ok jer pada kita, menarik jer pada kita. Begitulah jugak dalam dunia blogger nih.



Kalau blogger yang kita suka, dia buatlah tajuk n3 macam mana pun...ah! eh! oh! ...kita tetap nak baca apa yang dia tulis.



Walhal blogger lain cam nak pecah kepala pikir untuk buat n3 yang sarat dengan mesej pun tak dapat gak sambutan yang sepatutnya.



Semestinya bukan aku ar sebab n3 aku selalunya memang tah apa-apa pun. So kalau korang tak baca pun tak rugi langsung.. sesen pun tak! hee..... duit sesen memang dah tak laku...heee......

MACAM BAGUS JE AKU NIH!


Pagi semua...arini aku tak berapa sihat tapi nak gak meriba lappy ni. Takut kang dia nangis kata aku tak sayang dia, tak manjakan dia lak. heeee..


Sejak aku berblogging ni aku perhatikan ada bermacam-macam jenis blogger kat maya ni. Ada yang suka bermain dengan geng seangkatan dengan dia jer. Maksud aku kalau yang suka cite pasal anak tu dia lawat pun blog-blog yang cite pasal anak-anak gak. Pastu kalau dia student dok cite pasal study,exam, kolej dan sebagainya tu geng blogger dia pun sama gak. Best ke camtu?


Aku ni walaupun seorang ibu,isteri dan surirumah sepenuh masa aku rasa lebih puas kalau aku boleh pecahkan tembok pemisah dan berkenalan dengan sume peringkat blogger tak kira umur, jantina dan lingkungan. Tak secara langsung blog aku pun akan dikunjungi oleh mereka-mereka ini. Samada mereka akan kembali lagi atau tidak terpulanglah pada mereka. Mungkin dalam 10 orang hanya 3 orang yang akan berkunjung lagi tapi takpelah...adatlah tu.


Tapi adat berkunjung ke rumah orang, kita kenalah ikut rentak orang tu. Sebab tu kita kena tengok dulu blog dia camne, n3 dia cite apa dan penggunaan bahasa camana. Takkan masuk rumah anak dara pastu nak cite macamana nak nyusukan anak pulak...tak kena! Jangan pulak masuk blog orang pastu terus cari chatbox nak tinggal jejak pada hal tak baca pun n3 orang tu.


So rasanya kita kenalah 'fleksibel' macam sesumpah, boleh tukar kaler mengikut keadaan..tak gitu? Camtu barulah boleh ramai kawan.


Wah! mesti ada yang kata aku ni cakap cam bagus je pada hal baru sehari dua berblog. Orang yang dah bertahun berblog pun tak kecoh!
eh! apalah aku melalut nih..kuat sangat ke demam aku sampai merapu-rapu...


Sori arr...aku cakap ni berdasarkan apa yang aku pikir, kalau korang tak setuju takpe. Setiap orang ada pendapat masing-masing...aku paham tu..heeee....

Ahad, November 07, 2010

SHOW YOUR TEETH BABY CONTEST




Ahakk...comelnya baby dalam banner ni


kan? kerana dek kecomelan baby ni lah


yang membuatkan aku teruja nak join contest ni.


Korang nak kalo nak join gak, gi kat sini>>







Nama anak: Wan Muhammad Fahmi Daniel

D.O.B: 8april 2009

Umur: 1 tahun 7 bulan

Minat: bermain motosikal dan teruja bila tengok motosikal besar

Bilangan gigi: 7 batang jer

sengeh...jangan tak sengeh...

MaMa MaLaS mAsAk!


Sejak dua menjak nih anak-anak aku asyik batuk dan selsema je. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang nih. Dua hari lepas yang kecil tu batuk selsema, dah bawa jumpa doktor.
Arini, kakaknya plak batuk sampai termuntah-muntah. Tak pegi sekolah arini sebab nak ke klinik. Mungkin gi klinik yang sama kut sebab ubat kat situ selalunya ok.
Bukan tak nak gi klinik kerajaan, tapi selalunya ubat dia tak berapa nak jalan pastu kena gi klinik lain lagi. Baik terus gi klinik swasta lagi pun hubby boleh claim duit klinik...tapi kena bayar ler dulu.
Mama ler kena bawa gi klinik sebab ayahnya out station...ahh...kalo macam tu arini mama malaslah nak masak. Kita gi mc D ke, kfc ke best ape...hee..
(sebenornyer kalo ayah takde mama memang malas masak!)

CONTEST ANAK-ANAKKU COMEL BERGAYA




Pagi-pagi hari bukak lappy entah camner terbabas lak kat satu blog dan terjumpa lak n3 pasal contest ni...CONTEST ANAK-ANAKKU COMEL BERGAYA. Nampak cam best jer, apalagi join ler (klik tajuk n3)


Contest ni jugak akan membawa kita berkenalan ke satu lagi blog baru iaitu CANTIK ITU KAMU yang menjual berbagai jenis shawl yang menarik.
















NAMA ANAK: Wan Muhammad Fahmi Daniel
UMUR: 1 tahun 7 bulan (8 april 2009)
mama Fahmi nak tag~
1.AIN~ mama Danish&Sarah
2.MUMMY HAZA~ Kiut kiut Pink
3.ZURAZARI~ZaRi's Kasih

Sabtu, November 06, 2010

BABY & TOYS CONTEST


Contest ni agak lain sikit dari yang pernah aku join. Agak menarik.



Memandangkan aku memang dah ada gambar anak aku yang sedang bermain, tak perlulah aku susah-susah nak snap gambar baru. Jomlah kita sama-sama join yer...









NAMA ANAK: Wan Muhammad Fahmi Daniel

D.O.B: 8 April 2009




nak tag....
1. kak yong~Tanda Kasih

2.Imanmom~ Tungkukayu

3.Puan Nolie~Kisah si putera puteri

awak follow saya plez...


Apa perasaan korang kalo ada blogger lain suh korang follow dia walhal korang dah lama follow dia? mungkin korang pun pernah kena kan?

Aku dah lama follow dia nih. Selalu gak aku isi ruang komen kat n3 dia. Shoutmix dia pun selalu gak aku conteng. Tetiba je dia suh aku follow dia kat cbox aku...

Jadi blur aku sekejap. Ye ke aku tak follow dia...dulu aku pernah letak blog dia dalam bloglist aku sebelum aku buat list baru. Untuk kepastian, aku check sekali lagi list blog yang aku ikut. Memang ada.

Jadi sahlah aku memang dah follow dia. Dan aku masih ingat lagi bahawasanya aku yang follow dia dulu sebelum dia follow aku.

Aku pun conteng sekali lagi kat shoutbox dia bagitau yang aku memang dah follow dia dan aku tanya gak kalo dia maksudkan perkara lain...

dia jawab kat cbox aku...sori kak ain saya tak perasan...

Yelah. Tapi aku dah rasa tercalar sikit sebab aku dah tau yang selama ni dia tak amik pot pun komen-komen aku, teguran aku kat shoutmix dia...

Mungkin pasni aku takde ar lagi bertandang kat blog dia...mungkin dia takkan perasan pun. Aku umpama melukut di tepi gantang...

Siapalah aku... kalo aku ni Ben Ashaari mungkin dia akan buat satu n3 untuk bagitau sume orang aku singgah blog dia kut. ( en. Ben sori pinjam nama jap tanda hormat)

SEDIH AKU TAU!

Jumaat, November 05, 2010

SYILASYIRA 1ST GIVEAWAY







Hai kawan-kawan...(dah macam yus raja lawak lak)
meh ler ramai-ramai kita menjoinkan diri demi memeriahkan GA
pertama oleh http://syilasyira.blogspot.com/
kalau bukan kita yang join sape lagi...
pikir dulu? ehh...takyah pikir lama-lama sebab syaratnya mudah jer.

mak aii..seksi ke seksa?


Sori ye... jangan salah paham lak, aku bukan nak jadikan blog aku ni blog lucah atau apa. Lagi pun apa yang korang nampak kat gambar tu? seksi ke? pada aku kelako adalah...
bangga ke kalo ada 'benda' sebeso gitu. Orang barat suka sangat nak ejas pemberian tuhan...cucuk sana, cucuk sini. Nak cari pakaian yang sesuai pun susah. Apatah lagi nak bersukan...emmm..melambung nanti..ahakk!!
Aku rasa kalo dah beso camtu lelaki pun cuak!
Tak seksi pun seksa nak bawak adalah...heeee
ampunnn....

Khamis, November 04, 2010

HANTU KE?


TebalKorang percaya tak kewujudan hantu? terus terang aku memang tak percaya tapi aku percaya syaitan boleh menampakkan dirinya itu pun dengan izin tuhan.Mungkin itu yang dimaksudkan 'hantu'.
Seorang rakan di fb hantar gambar ni kat aku dengan soalan 'antu ke?'... apa pendapat korang? bagi aku mungkin ada yang tak kena dengan cat kat dinding tu...atau ada sesuatu yang diletakkan di belakang langsir untuk menampakkan bebayang putih tu...
entahlah...korang jelah jawab...

GA kasehainzuryn...lagi dan lagi peserta


Sebelum ni aku dah umumkan nama-nama peserta dalam 2 n3 berasingan. Kalau ada sesiapa yang tak pasti tentang penyertaannya boleh refer balik kat n3 terdahulu itu di arkib blog. Mereka yang baru menyertai GA kasehainzuryn ini ialah:~
1.Nur~All in one
2.Ieyla~colours m my life
3.Nur Qistina~Giveaway Bicara Kasih
4.Haszuraidah Ishak~ma belle historie
5.Myra Jay~Celoteh MJ
6.Kakyong~Tanda kasih
7.Emilia~Chenta hurty
8.Ms and Mr Red Ribbon
9.Imanmom~Tungkukayu
10.Ati Masrif~Flowers of my life
11.Wmaziati~It a my life style
12.Puan Nolie~kisah si putera puteri dan ....dayangnya
13.Faizahnur~An ex lawyer cum a pilots wife story
14.LyNn'Azlina~Ini blog LYNN
15.Cik Non~Bila aku celik
16.Nadiah~nett's kerepek
17.Munna~munna80
So, setakat ni semuanya dah ada 39 penyertaan ye...tq sume. Penyertaan masih terbuka hingga hari raya haji nanti. Meh join ramai-ramai. Lebih ramai peserta, lebih banyak hadiah tambahan...

NINA SYAKINA COLLECTIONS GA

Firstly tahniah diatas pembukaan Nina's Collection.
Sempena pembukaan itu satu giveaway telah diadakan.
Jom kita semua sama-sama meriahkan
giveaway ini dengan menyertainya di~>>
http://ninasyakinacollections.blogspot.com/2010/10/ninas-collections-giveaway.html

Saya nak tag~1. NUANZA (sepanjang jalan kenangan)
2. TIEFAZATIE (tiefazatie personal life)
3. MIMIEY ( ai-kisahku)

SELAMAT MENCUBA!!!


Rabu, November 03, 2010

LUCKY DRAW!


Jom join LUCKY DRAW ini, Syarat penyertaannya sangat mudah. Rugi rasanya kalau tak join.

Untuk join sila ke~

PuLaNgKaN...(bukan cite hantu)



Masa berlalu begitu cepat sekali kan?... pejam celik dah hampir hujung tahun dah. Setahun demi setahun anak-anak makin besar dan terasa aku pun makin tua. Kalau boleh aku minta dipulangkan masa lalu, aku nak buat segalanya sekali lagi...mungkin jauh lebih baik dari apa yang pernah aku lakukan sepanjang hidup aku. Pulangkan...pulangkan waktu itu...


Cakap pasal pulangkan ni, teringat lak esok anak-anak aku kena pulangkan buku teks pinjaman. Lepas ni ringanlah sikit beg sekolah anak-anak aku. Kalau tak, sian aku tengok...itu pun beg beroda, kalau tak lagi sian. Masa aku sekolah dulu takdelah banyak sangat buku macam sekarang.


Bila pandang belakang, aku terpikir entah apa saja lah yang dah aku buat sepanjang tahun ni.
ahh!...macam takde apa je. Apa pulak nak aku buat tahun depan...ahh!...apa-apa aje lah.
ishh!.. poyo je n3 aku ni. Korang baca gak ke? hee....
(apa kena mengena gambar tu dengan n3 aku? takde pun...)

KASUT TUMIT TINGGI 1ST GA

Sejak semalam berkobar-kobar lak
semangat aku nak join GA. Apatah
kalau bannernya cantik macam banner
ni. Seksi kan kaki tu? milik sapelah agaknya. heee..

kalau nak ikut join jom ler...
http://leenasaffee.blogspot.com/2010/11/maka-berlangsung-nyer-1st-giveaway.html

Selasa, November 02, 2010

LUCKY DRAW ANAK AYAH












Jom lah join lucky draw anak ayah ni. Hadiah memang best bangat!
Lucky draw ni dianjurkan oleh~ http://adyshariz.blogspot.com/2010/10/lucky-draw-anak-ayah.html. Syarat penyertaan sangat simple. Rugi kalau tak join tau.

















~ GAMBAR INI SEBAGAI TARUHAN~

GA kasehainzuryn ~ lagi 14 orang shantekk...



Teruja akak...


TQ BERI MASH yer sume blogger-blogger yang menyokong GA kasehainzuryn yang tak seberapa ni. Tak sangka lak ramai yang berminat nak join. Kat n3 aritu aku dah siarkan nama-nama peserta seramai 10 orang. Boleh check kat http://kasehainzuryn.blogspot.com/2010/10/ga-kasehainzuryn10-dah-lulus.html.
Kali ni nak siarkan lagi 12 orang nama peserta.
Mereka-mereka yang shantek ialah~


1. Nuanza~sepanjang jalan kenangan

2. tiefazatie~tiefazatie personal life

3. Mimiey~al-kisahku

4. MummyHaza~kiut kiut Pink

5. Bionic Women~warna warni kehidupan

6. Faezah Hannah Al Haj~Nota.Hati.Cikgu

7.Lelord~Mama Najlaa Punya

8. Zue@annaleeya~Cinta Adam & Hawa

9.Cute Mum~My Cute Little Diary

10. ZuraZari~ZaRi's Kasih

11. Diraz2u Contest/ Giveaway

12.episodkasih. blogspot.com~ Diary Kehidupan Rifhaman


GUD LUCK SUME!!!

Isnin, November 01, 2010

yeahh! dapat first award.


yeahh...arini aku dapat award dari seorang rakan blogger http://loveninasyakina.blogspot.com/ (nina). Inilah award pertama yang aku dapat sejak aku menjebakkan diri selama hampir 40 hari didalam dunia blogger ni. Baru 40 hari ...heee..

Dalam 40 hari ni banyak jugaklah yang aku belajar dari membaca n3 blogger-blogger otai. Ada gak yang rajin datang ke blog buruk aku memberi komen-komen yang bernas. Mereka inilah yang memberi aku semangat untuk terus berblog.

Apa pun aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tq bebanyak kat nina yang perasan akan kehadiran aku. (fuhh! macam ucapan pilihanraya lak)

FROM AIN 2 AIN

Dalam kita duk berblogging ni bermacam-macam kerenah blogger yang kita akan jumpa. Aku yang baru berjinak-jinak dengan blogger ni tak sampai 2 bulan pun dah jumpa macam-macam...ada yang ok, ada gak yang emm...
Hari ni aku dah temui seorang blogger yang aku rasa memang sempoi lah... dengan rela, tanpa diminta dia dengan murah hatinya dah buatkan satu n3 kat blog dia untuk mengwar-warkan GA yang aku anjurkan walaupun takde dalam syarat penyertaan GA tu. Siap buat sticky post lagi...tocey-tocey...
Dia yang aku maksudkan ialah Ain pemilik blog http://mama-danishsarah.blogspot.com/ (mama danish & sarah). TQ bebanyak ain.
Semoga ain akan menjadi seorang blogger yang berjaya dan semoga persahabatan ini berkekalan.
meh sume blogger yang belum kenal ain, kita serbu blog dia...

cuba teka

Hari ni aku sangat bosan!

untuk menghilangkan kebosanan ni, meh kita main teka-teki nak?

tapi nak teka apa?

cuba korang teka gambar apa kat sebelah ni.

sape jawab betul aku jadi follower korang dan siap link blog korang kat blog aku. (kalo memang aku dah follow, aku link jelah) amacam?

ok lah tuu..aku tengah bosan ni!




hee...hee..










rendam gitu-gitu...

Selalunya seminggu sekali mesti hantar kete gi car wash tapi semenjak dua menjak ni...
ahh...apa gunanya cuci kete, belum sampai rumah lagi kete dah kotor balik. Sendiri mau ingatlah, jalan basah sebab hujan. Tapi nak tunggu hari tak hujan, bila pulak...dah tentu musim hujan, memang ar hari-hari hujan.

Last-last kete aku dah macam belacan rupanya. Takpe ar petang kang biar aku siram sendiri jelah...siram gitu-gitu...atau rendam gitu-gitu...heee

Ahad, Oktober 31, 2010

MeNcArI iDeNtiTi YaNg HiLaNg

emmm...kat mane nak start ni aaa...
Aritu nana ada tag aku, masih belum aku lunaskan. Arini ieyda pulak tag aku...
Oklah kalo camtu arini aku buat 2 dalam 1 lah yer. Lagi pun takde apa yang special tentang diri aku ni yang nak diceritakan takut orang boring lak nak baca.

25 perkara tentang ainzuryn~
1) seorang ibu kepada 2 orang puteri dan seorang putera (cukuplah tuu...dah tua dah)
2) aku garang tapi tak sombong( kecuali pada orang yang sombong kat aku dulu)
3) agak cerewet tentang kebersihan (boleh migrain kalo tengok umah kotor)
4) buat kerja mesti nak sempurna (tak suka tengok orang buat kerja yang ado)
5) tak pandai tunjuk kasih sayang (paham-paham ler sendiri)
6) suka memberi hadiah (sebab suka tengok orang hepi)
7) cepat marah pastu cepat sejuk (takyah susah-susah nak pujuk, ok sendiri je)
8) dah lama tak tengok wayang (leceh ar.. anak kecik)
9) teringin nak gi Jakarta tapi belum ada kesempatan.
10)dah banyak kali buat bisnis tapi asyik gulung tikar je...huhu
11)suka tengok lelaki pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok
12)minat barang antik
13)suka makan coklat
14)tak suka pakai kain batik (ikat kain pun tak pandai. hee..)
15)ada lesen kete tapi takde lesen moto (bawa moto pun tak tahu)
16)ada sijil hair stylish, fashion design dan andaman pengantin (simpan dalam freme jelah)
17)suka berkelah kat sungai, tak suka pantai (takut tsunami. heee..)
18)tak takut hantu tapi takut orang yang jahat (org bunuh org, hantu tak..)
19)suka shopping ( mana ada orang tak suka...apalah!..)
20)dah 3 kali hilang mycard
21)kalo membeli suka tawar-menawar sampai tuan kedai tension
22)tak suka makan asam, jeruk atau apa-apa yang masam
23)mesti balik kampung sebulan sekali walaupun perjalanan dari Ganu ke Perak tu jauh.
24)nak kuruskan badan tapi malas nak bersenam. hee..
25)bosan tak? takut korang bosan baca sume benda mengarut tentang aku...

Haa...bab nak tag orang ni aku suka. Padan muka korang macamana aku padankan muka aku! heee... kita tengok sape yang kena...

1) ain~mama danish & sarah
2)mia~mia suka berangan
3)cik eja~cik eje mengarots dicini
4)yan~ yan's family,friends,travel&journal
5)ika~ behind these blackie eyes
6)alinac~alinaclover
7)zara eryna~a girls dreams
8)arabella~ini belog ara
9)adqayyum~dunia tanpa bayangan
10)aming~ aming story
11)hiro~akal tunjang
12)kaklong~kasih puteri salju
13)aida~mylifemytranquillity
14)shah amirul~ shah tak tipu story
15)liza hanum~ sweet lizahanum
16)ratusiput~ratusiput
17)atie~ mektie
18)noreen~ noreen hazri

huh! entah sape lagi ek?? dah tak leh pikir dah....ngantuk!
sepanjang aku berblog, aku rasa inilah n3 yang paling panjang dan paling susah aku nak buat. Agaknya pun yang paling boring korang nak baca....ye tak?
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........zzzzzzzzzzzzz............zzzzzzzzzzzzzzzzzz.................

heran tak???


Eh korang heran tak?

Aku heran ar...

Rumah korang kalo hujan-hujan camni ada tak?

rumah aku ada , tak jejas langsung...cantik je.
Amendenyer?

ASTRO !
Tu ar selalunya kat kawasan mana pun kalo hujan, alamatnya baiklah gi tido...sebab nak layan apa? astro takde!
Tapi aku heran lak kat rumah aku astro ok jer walaupun kat luar tu hujan lebat bagai nak giler. Dari semalam aku dok simpan soalan ni dalam kepala otak aku nih...apa pun aku ucap tahniahlah kat astro sebab berjaya memberi perkhidmatan yang ' wow ' kat kawasan rumah aku nih. Kawasan lain aku tak tau laa...eh! rumah sape yang tak dapat siaran sekarang ni jangan jeles ar...gi tido! heeee....


hujan...masalah ke?


Ishhh....dah start musim hujan dah ni. Tiap hari hujan. Kain yang dijemur pun susah nak kering... tak sempat kering dah basuh baju lagi. Kalau tak basuh lak, alamatnya bertimbunlah baju kotor...huh! masalah is problem tuu..last sekali untuk selesaikan masalah ni, aku hantar je baju kotor tu ke dobi..settle satu masalah.

Masalah kedua lak... bila dah hujan, anak-anak aku terpaksa ler melepak dalam rumah je tengok tv. Maka akan terjadilah perang dunia bila aku dan anak-anak aku berebut rimot tv. ( apa punya mama dgn anak pun nak berebut) heee...bukan apa, aku dah bosan sebab sepanjang hari aku terpaksa tengok kartun. Takde can nak tengok cerita aku..huhu...

Masalah ketiga lak...al-maklumlah, bila sume dah berkumpul kat dalam rumah ni, macam-macam kejelah anak-anak aku buat. Ada yang sibuk menggunting kertas, ada yang mengoyak kertas, makanan usah cakaplah..tin biskut pun ikut nonton tv. Pastu paham-pahamlah...semak samun le jadinya....aku pun sibuk gak arr...membebel! arrrghh...

Hujan...hujan ni kurniaan tuhan, tak baik merungut...kang langsung takde hujan jadi kemarau lak, lagi susah. Apapun pemberian allah alhamdulilah...syukur jelah.

huh! lidah bercabang...


Pernah tak rasa kecewa bila sahabat yang korang pikir boleh menyimpan rahsia korang, rupanya mempunyai lidah yang bercabang?

Maksud aku di depan korang bukan main lagi dia sokong korang, siap backup korang kalo orang kutuk. Tapi sebenarnya kat belakang korang dialah orangnya yang selalu mereka- reka cerita buruk tentang korang.
Orang lain pun percaya hidup-hiduplah cerita dia sebab dia memang selalu bersama korang jadi mesti banyak yang dia tahu tentang korang kan... Biasanya kat opis mesti ada sorang yang macam ni...

Sebab aku dah banyak kali terkena, aku dah serik nak rapat dengan sape-sape lagi. Sume yang aku kenal aku kawan gitu-gitu je sekarang ni. Rasanya lagi ok macam tu...

Pada yang pernah berperangai macam tu, ubah-ubahlah perangai tu, takut nanti satu hari korang jadi kera sumbang takde orang sudi berkawan...usah kata orang, kera pun larikk....

Sabtu, Oktober 30, 2010

ini tandas aku yang punya...


Pernah tak korang masuk tandas awam pastu keluar balik dan tak jadi nak melepaskan hajat hanya kerana baunya yang tersangatlah mengaum...

perkara ni dah banyak kali terjadi pada aku sebab aku ni memang elergik skit

kalo tandas busuk! In fact kat umah pun anak-anak aku tak share tandas ngan aku.

Geram betul aku, dah bayar 30 sen pun tandas masih kotor. Kadang-kadang aku terpikir alangkah baiknya kalo aku boleh bawa tandas sendiri kalo gi mana-mana. Dah tentu bersih dan takde kuman penyakit yang pelik-pelik....

GA kasehainzuryn~10 dah lulus!




Kepada sume rakan-rakan blogger, penyertaan korang sangat dialu-alukan. Anggap je ini sebagai cara untuk kita berkenalan sesama kita. Yang dah menyertai atau yang ada terpikir untuk menyertai diucapkan terima kasih ler bebanyak. Di sini diumumkan nama-nama peserta yang dah join...




1) Ain~mama Danish & Sarah


2)Ika~ behind these blackie eyes


3)Nina~ she loves pinky


4)Zara Eryna~ a girls dreams


5)Arabella~ Ini.Blog.Ara


6)Alinac~ alinaclover


7)Yan~ Yan's family, friend, travel & food journal


8)Mia~ mia suka berangan


9)Azsuliana~ simply nana


10)Cik Eja~ Cik Eja mengarots dicini




GA ini terbuka hingga hari raya Aidil Adha....
( sila lihat sidebar)

Jumaat, Oktober 29, 2010

bulu pun pelesu gak!







untuk kelihatan cantik




perempuan sanggup buat apa saja




termasuk membuat apa-apa




penambahan pada wajah




mereka....








bulu mata palsu juga




dipercayai boleh




menambah




kecantikan...






eeeeee....tatutnyer....lariii.....

tarik panjang-panjangggg.....


Dari pagi tadi hari mendung je...sampai petang pun kain kat ampaian masih lembab. Apa nak buat petang-petang camni? Nak kuar jenjalan pun malas...tapi kalau dapat gi kedai mamak, pastu pekena teh tarik segelas besar mesti best! buih kasi lebih! huhu....
tarikkk! tarikkk! tarikkkkkk!!!.....
tarikkkkk!....
ehh! terlebih sudah.....

Macam-macam hal!....emmm


Pagi sume....


korang perasan tak? akhir -akhir ni ada macam-macam berita pelik yang kita baca...contohnya, ada yang lari dari umah sebab tak nak kawin pastu sms tunang kata ada orang follow....rupanya dah sampai KL cari keje.


ada gak yang heboh satu Malaya cakap dilarikan jin tapi sebenarnya dia bersenang-senang gi melawat kenalan..tak giler ke tu? orang bagai nak rak mencari dia merata tempat sampai ke gunung!


tu lah..bila manusia dah terlalu kreatif macam -macam alasan boleh dicipta, macam-macam cerita boleh direka hanya untuk mencari kebebasan diluar sana yang jauh dari ibubapa.


macam-macam...hingga tak tercapai akalku...

Khamis, Oktober 28, 2010

Meh join!! GA kasehainzuryn




Aku tengah murah hati ni. Entah kenapa tengok orang buat GA aku pun rasa teringin nak buat gak. Sekadar memeriahkan lagi layar blog ni aje...

Meh ler join. Untuk tak nyusahkan korang, aku buat syarat yang sempoi jer.


syarat-syaratnya:

1) follow blog ni( mana yg dah follow tu tq bebanyak)


2)letak blog ni dalam bloglist anda(nanti aku check. heee...)


3)tepek gambar eyeshadow tu kat sidebar korang dan link
(Tak payah buat n3)


4)kat RUANG KOMEN n3 ni korang kena buat AYAT sekurang-kurangnya 15 patah perkataan. Bermula dengan~GA kasehainzuryn best sebab......
(yang paling penting tau)


SENANG JE KAN? heee....(gelak trademark aku)


Bab hadiah ni ler yang korang nak tau sangat kan?

Akan ada 2 orang pemenang dimana setiap pemenang akan mendapat satu eyeshadow MAC yang berharga rm55!!! kan aku dah kata, aku tengah murah hati nih.


GA ini akan bermula dari arini 28/10/2010 hingga hari raya aidil adha nanti. Pemenang akan diberitahu melalui blog ni. So kenalah rajin jenguk blog ni.

pemenang dipilih berdasarkan ayat yang paling menyedapkan hati aku. heeee...
P/S~~ memandangkan GA ni dah mendapat sanbutan baik, dengan baik hati jugak aku umumkan bahawa hadiahnya akan ditambah. Hadiah tambahan tu biarlah rahsia dulu yer sebab ia mengikut budget semasa.heee....

pADAn MuKa HAng!!


GEORGETOWN~ Pada malam kejadian, lelaki itu datang dengan menunggang motosikal secara tiba-tiba menyimbah cuka getah ke muka gadis itu sambil mengejek 'padan muka hang!'.....hanya kerana cintanya ditolak. Akibatnya, Ain, 21, mungkin tidak dapat mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya pada aidiladha ini.
Dunia ni dah penuh dengan orang gila agaknya! Atau mungkin mak bapak zaman sekarang dah gagal mendidik anak mereka menjadi manusia!
Aku agak emo bila mendengar berita kegilaan, kerakusan dan kekejaman manusia seperti ini.
Agaknya apakah hukuman yang setimpal dengan perbuatan seperti ini?
Setakat penjara 6 bulan hingga setahun tu mereka anggap sebagai percutian percuma jer....

Rabu, Oktober 27, 2010

kenapa AKU???


"Apesal awak suka sebut diri awak AKU? macam tak sopan tau....."


Apesal ko nak tanya AKU soalan ni?


AKU punyer suka ar nak sebut AKU ke, apa ke...

yang ko sibuk hal AKU ni nape?


apa salahnyer AKU nak sebut AKU ? habis tu nak sebut

i...u, kite...awak atau saya ...kamu?


AKU nak tanya sikit ko berdoa kat tuhan ada sebut i...u ke? ada sebut kite...awak ke? atau saya...kamu? tak kan? AKU pun tak...


Kalau tuhan pun boleh terima hambanyer berAKU, ko pesal lak nak mempersoalkan AKU!!!


ADA AKU KESAH....

PENGKID jaga...







Semalam aku ada buat n3 tentang cikgu pengkid yang larikan sorang pelajar pompuan. Aku bukanlah anti pengkid tapi anti sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan yang berkelakuan macam gampang!
Cuba korang tengok gambar kat atas tu...sekali pandang sape sangka jaga sekolah anak aku tu sorang pompuan kan? (binti-bintik putih tu air hujan kat cermin kete aku) Aku pun mula-mula dulu kompius gak. Aku tak pasti dah berapa lama dia keje kat sekolah tu sebab anak aku pun baru bersekolah kat situ 3 bulan. Yelah, aku kan baru pindah.
Dari pandangan kasar aku setiap hari masa amik anak balik sekolah, dia nampak ok jer...malah yang aku kagum tu...hampir separuh dari murid sekolah tu bersalam dengan dia masa time balik. Aku tak penah tengok senario cam tu dimana-mana. Usah kata salam dengan jaga sekolah, salam dengan cikgu pun amat jarang aku tengok.
Mungkin betul kata orang lain padang lain belalang so lain orang lainlah perangainya tak kiralah lelaki ke, pompuan ke. pengkid ke atau pondan...asalkan tak buat jahat pada orang, aku rasa ok jer.....yang lain tu antara dia dengan tuhan ler.....huhu..

semalam ulat, arini telur lipas!


Dua hari berturut-turut perkara ni terjadi kat aku...

Memang rutin setiap pagi aku dan suami akan bersarapan kat kedai sebelum suami aku gi pejabat. Senang skit sebab leh terus gi pasar.

Semalam masa sarapan aku makan nasi dagang. Tengah
sedap makan aku nampak ada sekor ulat dalam pinggan aku, langsung aku stop makan. Hilang selera rasa nak muntah. Tapi aku diamkan aje malas
nak komplen, malas nak malukan tuan kedai......

Arini aku gi kedai lain lak. Dengan seleranya aku order nasi minyak.
Baru 2 sudu aku makan, kali ni aku nampak benda lain lak dalam pinggan aku.
Aku jumpa telur lipas di celah-celah nasi minyak tu bersama dengan bunga cengkih!
sama kaler je dengan bunga cengkih tu..
Perlahan je aku tolak pinggan tu sambil tahan rasa nak uwekk...
pun sama gak, aku diam malas nak kecoh....

Aku terfikir kenapa benda-benda camni terjadi pada aku....
Mungkinkah ada sesuatu yang ingin tuhan tunjukkan?
Atau peringatan tuhan pada aku kerna aku seringkali lupa untuk bersyukur di atas rezekinya?
Atau mungkin ini ujianmu ya-allah ingin melihat sejauh mana kesabaran ku?

Aku mohon ampun pada mu ya-allah, hamba mu yang lemah ini selalu meminta segala kenikmatan darimu tapi seringkali lupa mengucapkan syukur bila sudah menikmati pemberianmu....





Selasa, Oktober 26, 2010

Ape dah jadi nih???

CUBA TENGOK GAMBAR NI...













TENGOK NI PULAK...
cuba bagitau saya apa yang terjadi kat sini.....
dan apa pulak monyet kat atas tu pikir....heeee

Celaka punya cikgu!!

Seorang pelajar sebuah sekolah agama di Melaka yang memperolehi 8Adalam PMR, Khalifah Abu Kassim,16, hilang sejak 8 oktober lalu dipercayai mengikut guru wanita disyaki pengkid. Berikutan itu ibu bapanya terpaksa ke Kuching, Sarawak untuk mencarinya tetapi gagal.
(petikan Harian Metro)

Aku runsing bila baca berita macam ni. Rasa nak marah tapi pada siapa?
Macam ni lah...kalo rasa diri tu nak menjadi seorang guru, seorang pendidik, hendaklah kamu didik diri sendiri dulu walaupun kamu hanya anggap guru itu sebagai satu pekerjaan untuk sara hidup. Rasanya selepas ini pihak kementerian pendidikan kena lebih berhati-hati untuk memilih bakal guru.Bukan hanya berdasarkan kelulusan akademik sahaja.
Perilaku dan personaliti seorang bakal guru juga harus diambil kira.

Entahlah aku ni bukan pandai sangat nak komen banyak-banyak tapi sebagai seorang ibu yang punya 2 orang anak perempuan aku cuma menyuarakan kerisauan aku...risau sangat risau...jgn marah aku ye cikgu-cikgu...

Isnin, Oktober 25, 2010

Ya-Allah..pinjamkan aku sayap bidadarimu


RING! RING! RING! RING!

AKU: hello...

AYAH: assalamualaikum.

AKU: mualaikumusalam.

AYAH: ayah kabo ni, ko jgn susah hati pulak. kang kalo ayah tak kabo ko marah pulak...

AKU: ape bendenyer ayah? (hati aku dah mula berdebar nih...)

AYAH: tadi ayah bawa opah ko pegi hospital sebab 2, 3 hari ni dah teruk sangat rupanyer.
dua hari lepas kami dah pakat baca yasin dah...dia nampak penat sangat.

AKU: (sampai hati ayah tak bagi tau aku) emm...sekarang opah camane? dia boleh bercakap
tak?

AYAH: kat hospital kampar tengah tunggu keputusan doktor. mak ko ada dengan dia. ayah
kena balik rumah dulu nak amik barang opah nak masuk wad...lagi pun karang Liza
balik keje takde orang di rumah.( Liza satu-satunya adik aku) ko tak payah le balik
sebab ko pun baru lagi balik. anak ko pun esok lusa nak periksa.( 27 oct anak aku ada
peperiksaan akhir tahun)

AKU:(terdiam beberapa saat) yelah ayah....apa-apa cepat bagitau orang tau

( gagang telepon diletak...aku sedih, nangis..)

Baru seminggu lepas aku balik kampung jenguk opah bila mak bagitau opah tak berapa sihat. Bila aku sampai, opahlah orang pertama aku nampak sebab kata mak memang dari tadi dia dah duduk atas bangku depan pintu tu tunggu aku sampai. Kata mak opah nampak sihat sikit bila dengar aku sekeluarga nak balik. Memang betul, walaupun jelas nampak dia tak sihat, opah nampak gembira sekali menyambut cicit-cicitnya sambil menimang-nimang anak kecilku...tapi opah dah tak daya nak dukung anak aku lagi.. maklumlah, dah 86 tahun umur opah aku tu.
Hari ni aku dikejutkan lagi dengan berita opah masuk hospital. Ya-allah...kalau boleh kau pinjamkan aku sayap bidadarimu....ingin aku terbang ke sana untuk bersama opahku tersayang menemani hari sakitnya. Akan aku usap tangannya yang dihiasi kedutan seribu itu. Akan aku belai rambut putihnya yang hanya tinggal beberapa helai itu dengan harapan opah sihat lagi.
Opah...apa yang mampu aku lakukan sekarang cuma berdoa semoga segalanya baik-baik saja. Jarak kita tak memungkinkan aku berada disisi mu sekarang ini opah... Lawanlah opah, bertahanlah opah akan sakit mu itu...sekurang-kurangnya sehingga aku balik membawa cicit-cicit mu untuk bertemu dengan mu.
Ya-allah aku mohon simpatimu ya-allah berikanlah aku kesempatan untuk bersama opah kesayanganku walau untuk seketika dibaki usianya. Kau perkenankanlah ya-allah permintaanku ini ya-allah...aku mohon ...