Jumaat, September 24, 2010

SUP KEPALA IKAN UNTUK VIP HATIKU

Awalnya tadi aku tak tahu nak masak apa hari ni tapi pagi tadi suamiku ada belikan kepala ikan merah, emmm...masih segar. Nak masak kari, semalam dah masak kari sotong.Jadi akhirnya aku buat keputusan buat masak sup jelah. Lagi pun anak-anakku tak makan pedas.
RESEPI SUP KEPALA IKAN
3ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1inci halia
(semuanya dihiris)
minyak masak
garam
1 batang kulit kayu manis
sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
air secukupnya
daun sup dan daun bawang
semestinya kepala ikan
Caranya:
Tumis hirisan bawang merah,bawang putih dan halia dengan minyak masak hingga berbau wangi. Kemudian masukkan air, sup bunjut, rempah sup dan kulit kayu manis. Biar kuah tu mendidih sikit baru masukkan ikan supaya ikan tak hancur. Pastu masukkan garam secukup rasa.Tunggu hingga ikan masak sepenuhnya. Akhir sekali sebelum hidang masukkan daun sup dan daun bawang. settle...
SELAMAT MENCUBA....

JUMAAT YANG SANTAI


Pagi tadi indah sungguh suasana aku rasa...hujan renyai dengan angin laut bertiup lembut ke muka, aku bersama suami dan anak-anak bersarapan di kedai berhampiran jeti Pulau Kapas. Aku dan suamiku menikmati nasi dagang manakala anak-anakku memilih nasi minyak sebagai sarapan. Mesti ada yang tertanya apa aku dan keluarga buat kat jeti Pulau Kapas tu. Bukanlah kami nak pergi bercuti ke apa, kami memang menetap di sini...Marang, Terengganu. Asalnya aku dari Perak tapi suamiku memang asal dari sini dan sekarang bekerja di sini. Memang indah pemandangan di situ, sambil makan dapat melihat bot nelayan datang dan pergi. Sesekali kelihatan bot yang membawa pelancung ke Pulau Kapas. Aku sendiri belum berpeluang ke sana...

Khamis, September 23, 2010

alahai anak mama...

"bangun,bangun, dah lewat ni"...itulah ayat pertama yang kuar dari bibirku pagi tadi. Jam kat dinding dah menunjukkan pukul 7.20 pagi sedangkan waktu masuk kelas pukul 7.30 pagi. Terkebil-kebil mata anak-anakku. Yang sorang menggosok mata, sorang lagi termenung dengan muka tak puashati. Si kakak tahun 3 dan adik tahun 1. Kalau tak kerana hari ni ada peperiksaan mungkin aku biarkan je mereka ponteng sekolah arini. Kesian aku tengok anak-anakku ke sekolah tak sempat mandi cuma gosok gigi, basuh muka. Dah beberapa kali terjadi macam ni tapi kali benar-benar lewat. Jam loceng memang tak pernah ada kat umah ni, cuma harapkan alarm handphone je. Aku pun tak pasti samada alarm handphone tu rosak atau aku yang tidur mati.Maklumlah, tidur aku ni memang banyak gangguan sebab aku menyusukan si kecilku yang kini berumur 1 tahun 4 bulan. Hingga sekarang masih menyusu badan, botol jangan harap dia pandang. Makan nasi pun agak kurang.Kesukaannya ialah makanan seperti keropok dan kerepek...mana leh kenyang. Jadi sepanjang hari dan sepanjang malam berkali-kalilah dia minta susu. Bukan lak nak merungut, dah memang tugas aku sebagai ibu cuma memberi sebab mengapa aku selalu terbabas tidur. Ahh..banyaklah alasan aku...orang lain pun ada anak gak tak pulak asyik tidur mati macam aku! sekarang dah hampir jam sebelas dan aku belum lagi ke dapur memulakan tugas aku sebagai chef kat umah ni. mengadap laptop ni sampai bila pun tak sudah. Kang terpaksa lak bagi alasan nape tak sempat masak. Si kecilku itu gak jadi mangsa...hehehe. Sampai sini dulu, jumpa lagi bila ada waktu terluang...