Isnin, November 08, 2010

MACAM BAGUS JE AKU NIH!


Pagi semua...arini aku tak berapa sihat tapi nak gak meriba lappy ni. Takut kang dia nangis kata aku tak sayang dia, tak manjakan dia lak. heeee..


Sejak aku berblogging ni aku perhatikan ada bermacam-macam jenis blogger kat maya ni. Ada yang suka bermain dengan geng seangkatan dengan dia jer. Maksud aku kalau yang suka cite pasal anak tu dia lawat pun blog-blog yang cite pasal anak-anak gak. Pastu kalau dia student dok cite pasal study,exam, kolej dan sebagainya tu geng blogger dia pun sama gak. Best ke camtu?


Aku ni walaupun seorang ibu,isteri dan surirumah sepenuh masa aku rasa lebih puas kalau aku boleh pecahkan tembok pemisah dan berkenalan dengan sume peringkat blogger tak kira umur, jantina dan lingkungan. Tak secara langsung blog aku pun akan dikunjungi oleh mereka-mereka ini. Samada mereka akan kembali lagi atau tidak terpulanglah pada mereka. Mungkin dalam 10 orang hanya 3 orang yang akan berkunjung lagi tapi takpelah...adatlah tu.


Tapi adat berkunjung ke rumah orang, kita kenalah ikut rentak orang tu. Sebab tu kita kena tengok dulu blog dia camne, n3 dia cite apa dan penggunaan bahasa camana. Takkan masuk rumah anak dara pastu nak cite macamana nak nyusukan anak pulak...tak kena! Jangan pulak masuk blog orang pastu terus cari chatbox nak tinggal jejak pada hal tak baca pun n3 orang tu.


So rasanya kita kenalah 'fleksibel' macam sesumpah, boleh tukar kaler mengikut keadaan..tak gitu? Camtu barulah boleh ramai kawan.


Wah! mesti ada yang kata aku ni cakap cam bagus je pada hal baru sehari dua berblog. Orang yang dah bertahun berblog pun tak kecoh!
eh! apalah aku melalut nih..kuat sangat ke demam aku sampai merapu-rapu...


Sori arr...aku cakap ni berdasarkan apa yang aku pikir, kalau korang tak setuju takpe. Setiap orang ada pendapat masing-masing...aku paham tu..heeee....

6 ulasan:

Unknown berkata...

ain..
saya pun biasa jumpa la macam tu..kalau blog dia tentang anak2,yang dia follow tu pun semua blog anak2 je.kalau beramah mesra pun dengan geng2 gitu je..yang lain sikit dia tak mau..

ainzuryn berkata...

AIN~ Kalau kat indon golongan ini dipanggil 'kuper'...kurang pergaulan.

ardinihumaira berkata...

dni pernah gak jumpa yang gtu...

Memory berkata...

kalau shera, shera singgah je mana2 blog... seronok baca entry... jd satu cara hilangkan stress...

noreed berkata...

suka cara awk ni, coz i pratik the same way. tak kira lelaki ke, pompuan ke, mak orang ke, student ke, semua nyer sy terjah.hehehe

ika~~ berkata...

aah..thats why sy disable shoutbox..
itu antara sbb lah..
tgk belog tak smpai 1 minit..pastu drop msg kt shoutbox je..
content lgsung tak baca..
komen apatah lagi..