Selasa, September 28, 2010

JIRANKU TERSENTAP!!

Selamat pagi sume pembaca budiman, tak kira anda rakan blogger atau tidak. Pernah tak kalian menghadapi sikap kawan-kawan atau jiran yang tak pasal-pasal tersentap? Maksud aku, entah kenapa takde angin takde ribut tiba-tiba bermasam muka dengan anda menjadikan anda tertanya-tanya sebabnya. Kes ni terjadi pada aku sekarang ni....Kawasan perumahan yang aku diami ini agak baru, jadi penduduknya taklah ramai sebab masih banyak rumah yang kosong. Aku pun baru tak sampai 2 bulan pindah ke sini. Ada seorang kakak ni, rumah dia boleh dikatakan berhadapan dengan rumah aku agak ramah orangnya. Masa aku baru pindah dulu dialah orang pertama yang menegur aku dan sejak hari tu dia sering bertandang ke rumahku. bekerja sebagai guru tadika KEMAS ku kira pasti bagus pekertinya...maklumlah dia kan seorang pendidik. Aku hormatinya sebagai seorang guru, jiran dan juga seorang yang lebih berumur dari aku, mungkin dalam lingkungan 50an. Dah menjadi tabiat aku tak suka bertandang ke rumah orang apatah lagi menjadi ahli mesyuarat tingkap, jadi belum sekali pun aku ke rumahnya atau mana-mana jiran lain. Aku lebih rela duduk di rumah melayan kerenah putera kesayanganku atau berblog bersama kalian daripada bertandang dan bersembang tentang topik yang entah apa-apa. Bukan aku sombong, tapi inilah tabiat aku dari dulu. Mula-mula tu aku tak perasan pun yang dia bermasam muka, maklumlah dia bekerja dan ku kira dia agak sibuk kebelakangan ini. Tapi semalam aku jadi heran lak nape dia langsung tak menoleh ke arah aku sedangkan kami sama-sama sedang menjemur pakaian. Aku pandamg ke arahnya agak lamalah jugak mengharapkan dia menoleh kepadaku, nak bertanya khabar...tapi dengan muka masam dia terus berpaling dan masuk ke dalam rumah. Pagi tadi pun sama jugak! Apalah yang menyebabkan dia begitu ye? bingung aku... Mungkin dia fikir aku sombong sebab aritu aku tak hadir ke majlis berbuka puasa yang dia buat di masjid. Macamanalah aku nak pergi dengan anak kecilku ini...tak senang nak berbuka bila dia berjalan kesana kemari kat masjid tu nanti. Takkanlah dia tak boleh faham masalah aku ni sedanagkan dia pun dulu pernah mempunyai anak kecil. Atau mungkin dia dah lupa sebab anak-anak dia sumenya dah besar panjang dan dah bermenantu pun. Atau mungkinkah sebab aku tak jemput dia datang beraya di rumah? Bukan aku tak nak jemput, aku akan adakan rumah terbuka hari Jumaat ni jadi aku akan jemputlah nanti sume jiran dan kenalan...kan lebih meriah bila sume sekali dapat berkumpul. emmm....takpelah, petang ni aku tunggu dia balik keje, aku jemput dia. Datang atau tidak terserahlah...yang penting aku ikhlas menjemput dia. Semoga yang keroh dapat dijernihkan semula walaupun sebenarnya aku tak tau apa yang berlaku...

4 ulasan:

Unknown berkata...

salam tuan rumah..

meh i bagi pendapat sikit,biasa la tu..wat dono je ngan dia..sampai bila dia nak bermasam camtu kan

btw, kalau ditaip berperenggan lagi mudah nak baca ^_^

wahai suami, bermesra bukan ketika seks sahaja

Ain berkata...

salam kenal dari akak yang duk terengganu jugak ni...

kalau nak pulihkan keadaan, ada peluang kita tegur jiran kita tu dulu memandangkan kita orang baru kan...

sekali sekala tak salah kalau bersembang dengan jiran, dapat eratkan lagi tali persaudaraan...

moga2 hubungan akan bertambah mesra hendaknya...

Ena berkata...

salam..

ena juga tak pandai nak mulakan perbualan dengan jiran2 tapi masa baru2 masuk taman yg ena duduk skrg kena ramahkan juga mulut yg cam terkunci je bila berhadapan dengan dorang..

kalau tak leh nak mulakan.. cukup la dengan sedekahkan senyuman jd dorang tahu kita bukan sombong, bila dah selalu nampak sebagai org baru juga kita kena mulakan perbualan juga..

kat taman sy nie lagi la kebanyakkan org lama jd kita yg baru ni agak susah nak campur ngan dorang yg semuanya mcm mak2 kita aje.. tapi kena la juga usahakan dekatkan dengan dorang..

tak pe.. anggap aje yg kakak tu ada masalah dier sendiri & mungkin dier tak perasan. duduk berjiran terpaksa la bertegur sapa kalo nampak.. tak nampak tak pe la kan.. itu pendapat sy aje sbg org yg tak baru sangat.

ainzuryn berkata...

TQ adlina,ain dan ena...sebelum ni kita orang ok jer.Siap bertukar-tukar juadah lagi masa bulan pose aritu.Cuma sy tak minat nak bertandang kt umah org jer, kalo org dtg umah sy suka layan.Paling tidak adalah gak jamu teh bujang wat basah tekak...maleh gi umah org nanti anak usik brg orang takut org tak suka.takpe ar nanti sy jemput akak tu umah terbuka...tq