Isnin, Oktober 18, 2010

gila ke dia?


Semasa makan di dataran Ipoh aritu meja aku dan anak-anak disapa oleh seseorang yang pada awalnya ku kira tidak siuman. Agak meragukan dia memakai jubah dan berjanggut panjang seperti tidak terurus. Sambil menarik troli kecil yang terpampang gambarnya bersama Dr muzaffar. Tertulis juga disitu akan title dirinya iaitu profesor fizik kerajaan Malaysia...

Aku tengok sume orang kat situ senyum-senyum kambing bila dia lalu. Mungkin mereka yang kerap ke situ dah biasa melihat kelibat si profesor itu.

Sebaik je dia parking troli dia di depan meja aku, dia pun memulakan kelas fiziknya. Dengan formulanya tersendiri dia menunjukkan cara-cara menyelesaikan beberapa soalan matematik...WOW!! aku kagum, sangat kagum. Dia jual pulak formula tuu...ada gak student yang beli aku nampak.

Moralnya, janganlah menilai orang dari luarannya, apa yang dipakai bukanlah sama dengan apa yang tersimpan dalam dirinya. Aku rasa bersalah lak tentang anggapan awal aku tadi...MAAFKAN AKU WAHAI PROFESOR FIZIK!!!

9 ulasan:

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

betui tu...jgn menilai org dr luaran kan..

Unknown berkata...

ya btol..dulu kt sini pon ada..prof yg sgt bijak.last2 nmpk cm giler..bapa kepada artis terkenal..sian dia..now da xnmpk..tah pg mana~

Cikpuan Qiqi berkata...

rse cm pnh tgk org ni..kt KL kalo xcilap..hurmmkonpius gk wktu tu..tp mls dgr..usha2 gitu je sbb ramai org kerumun die

Unknown berkata...

wah kena p cari niii

ainzuryn berkata...

suami akak kata memang dulu dia pun penah tengok kat KL..ok gak sekurang-kurangnya dia tak minta sedekah, dia jual naskah formulanya dengan harga rm5.

nina syakina berkata...

perghhh... mmg dahsyat r... leh menuntut nihh,,,..

ainzuryn berkata...

ZURA ~ ALINAC ~ CIK QIQI ~ ADLINA ~ NINA ~
tq bebanyak sebab sudi mengomen kat sini. Dtg lagi yer..

CIK TOM berkata...

dahsyat gak profesor ni ek..sempoi jek..biar org anggap dia apa pun..tp otak bergeliga..

Ati Masrif berkata...

memang manusia selalu menghukum tanpa sedar..kita pun pernah tersilap fikir...