Jumaat, Oktober 15, 2010

fuyyoo!! kalah nasi ayam L.O

Semalam sebelum bertolak balik Perak dari umah aku di marang Ganu, aku sekeluarga singgah di Wakaf Tapai nak makan tengahari. Pusing punya pusing jumpa satu kedai nasi ayam. Signboard dia tertulis 'Anis Nasi Ayam'. Yang mahalnya tagline dia...'bukan sekadar nasi ayam'...macam pernah ku lihat tagline ni tapi di mana ya...

Bila pesanan sampai aku dah agak mesti sedap punya. Bila dah makan...fuyyoooo!!memang sedap giler!

(gambar ni sekadar hiasan, terlupa nak ambil gambar semalam )

Sebagai penggemar nasi ayam, dah rata tempat aku makan nasi ayam aku rasa nasi ayam kedai nilah paling sedap dan harganya pun cuma rm4.00 sajer sepinggan berbanding dengan kedai nasi ayam yang glamor-glamor yang sesetengah tu mengenakan servis tax walaupun servisnya hampeh!

Kiranya aku bagi kreditlah kat kedai nih....

3 ulasan:

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

wahhh ceta cm mmg sedap sggh nasi ayam tu...kt mn tu..hehe

CIK TOM berkata...

huh orang marang ganu??sama la kita...ciktom ganu marang jugak...wah sama tempat tue..

ainzuryn berkata...

ZURA ~ nasi ayam tu kat wakaf tapai, terengganu.Kalo datang ganu kontek ler ye..

TOMATO~ Ambe dok tamang dato ibrahim, gong nangka.