Isnin, Oktober 25, 2010

Meraban ada makna...


Wahai suami isteri ingin berkata
meluahkan apa yang terpendam
di dalam hati telah tersimpan sekian lama
khuatir jika jika dilepaskan mengundang sengketa
dulu suami sangat romantika
justeru itu isteri menjadi isteri
tapi kini romantik bila perlu
bila romantik adalah yang dimahu

tak pedulikah lagi perasaan si isteri
isteri ingin perhatianmu wahai suami
mahu dipimpin tangan seperti dulu
mahu dibelai rambut seperti dulu
mahu puji- pujian seperti dulu
mahu dilirik manja seperti dulu
biar jantung bergetar lagi seperti dulu

bila isteri mencari kebahgiaan lain
salahkan isteri curang tak setia
bagaimana mahu setia sebagai isteri
sedangkan lebih bahgia sebagai kekasih
pinta isteri pada suami
kembalilah suami menjadi kekasih
agar rumahtangga ceria abadi.

3 ulasan:

My Little Diary berkata...

ish3x... sedih nya baca...


entry terbaru "ada aku kesah"

Unknown berkata...

ini link utk product tadi ye kak~


http://www.alinacshoppe.com/2010/10/mistine-body-blink-skin-hair-bleaching.html

sarah-najwan berkata...

huhu..semoga kasih suami isteri itu kembali bersemi..muhasabah utk diri kita dlm mengekalkan kerukunan rumah tangga